Wednesday, August 8, 2007 ; 6:56 PM?
Treasured.
9.8.07
42 lembaran 42 halaman kesemuanya
Corat coret-coretan sukaduka kisah cinta ibunda
Sifat sembilan Taqwim delapan, enam kahwin lima
Menjadi saksi lafaznya talak tiga dan deraian airmata
Mengutuhkan kota, Kisah cita dan cinta...
Malang nasibmu ibunda dua kali menjanda
Bermula dengan siPutih kuning yang menjanjikan taat setia
Di saat kau dijajah siputih kuning memalingkan wajah
Apakan daya sejarah berulang semula...
Pelbagai persoalan terserabut dijiwa
Tentang hari esok lusa, tulat tubin dan berikutnya
Ditinggalkan sehelai sepinggang, berbekalkan semangat wajah
Apakandaya sejarah berulang semula..